Pages

Desmond Khor. Powered by Blogger.

CONTOH RPH

Saturday, 11 October 2014


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4
           
Tahun
: Darjah 4
Matapelajaran
: Pendidikan Seni Visual
Tarikh
: 12 Ogos 2014
Hari
: Selasa
Masa
: 7.45 - 8.15 pagi (30 minit)
Bilangan Murid
: 6 orang (3 P 3 L)
Tema
: Kenderaan
Tajuk
: Kereta
Fokus
: Membentuk dan Membuat Binaan
Standard Kandungan
: 3.1   Membuat binaan mudah
Standard Pembelajaran
: 3.1.1   Menghasilkan origami
             (i)  Bentuk kenderaan

Pengetahuan Sedia Ada :                                                                                                                  
a.    Pelajar pernah melihat beberapa jenis kenderaan.
b.    Pelajar boleh mengecam dan menyebut nama kenderaan.

Objektif / Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar berupaya :
a.    Mengenali kraf origami
b.    Mengenal pasti ciri-ciri pada kereta dan dapat menyatakan sekurang-kurangnya 2 ciri-ciri yang terdapat.
c.    Menghasilkan origami kereta sekurang-kurang nampak bentuknya.

Penyerapan matapelajaran
: Muzik 

Penggabungjalinan kemahiran
: Menyanyi, mendengar, bertutur, berkomunikasi dan
  kemahiran motor halus
Terapi
: Pertuturan, pengamatan, psikomotor dan bunyi 

Nilai
: Menghormati guru, dengar arahan guru, memberi perhatian, memberi kerjasama dan belajar dengan bersungguh-sungguh

KBKK
: Menjana idea, mengenalpasti, kreatif dan menyelesaikan
  masalah

BBM / Resos



LANGKAH
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI
CATATAN
Set induksi
( 5 minit )

Membina pengetahuan serta mengimbas kembali pengetahuan tentang kenderaan.



 





  1. Guru bertanya kepada pelajar tentang jenis kenderaan yang pelajar kenali dengan menunjukkan gambar kepada pelajar menerusi LCD dalam powerpoint.
  2. Pelajar diberikan peluang untuk bercakap tentang kenderaan yang mereka kenali.
  3. Guru menjelaskan topik yang hendak dipelajari pada hari tersebut.
Kemahiran :
- Mendengar
- Bertutur
Terapi :
- Pertuturan
- Pengamatan
- Bunyi
Nilai :
- Dengar arahan
- Beri perhatian
BBM / Resos :
- LCD
- Powerpoint gambar kenderaan
Langkah 1
( 5 minit )
Menarik minat pelajar dan menjelaskan ciri-ciri yang terdapat pada kereta kepada pelajar.
  1. Guru menayangkan video lagu kereta kecilku dan menyanyi bersama dengan pelajar.
  2. Guru menjelaskan ciri-ciri yang terdapat pada kereta kepada pelajar.

Kemahiran :
- Mendengar
- Menyanyi

Terapi :
- Pengamatan
- Bunyi

Nilai :
- Memberi kerjasama
- Beri perhatian

BBM / Resos :
- LCD
- Video lagu kereta kecilku
Langkah 2
( 15 minit )
Mempelajari membuat origami kereta dengan video tutorial dan demonstrasi guru.
  1. Guru memberikan arahan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
  2. Guru mengedarkan kertas warna seorang sekeping kepada pelajar.
  3. Guru membuat demonstrasi tentang cara membuat origami kereta langkah demi langkah bersama dengan video rakaman demonstrasi (dalam powerpoint) yang ditayangkan di depan kelas.
  4. Pelajar akan belajar membuat bersama-sama dengan guru.
  5. Guru sambil mendemonstrasi sambil memerhatikan pelajar sama ada mereka menghadapi masalah atau ketinggalan.
Kemahiran :
- Mendengar
- Berkomunikasi
- Kemahiran motor halus

Terapi :
- Pertuturan
- Pengamatan
- Psikomotor

Nilai :
- Menghormati guru
- Dengar arahan
- Beri perhatian
- Memberi kerjasama
- Belajar dengan bersungguh-sungguh

BBM / Resos :
- LCD
- Video tutorial melipat kereta
Penutup
( 5 minit )
Merumuskan pembelajaran dan bertanya soalan berkaitan.
  1. Guru bertanya soalan tentang ciri-ciri pada origami kereta yang mereka lipat seperti bentuk yang terdapat pada kereta, bilangan bulatan dan lain-lain.
  2. Guru merumuskan pembelajaran pada hari tersebut.
Kemahiran :
- Mendengar
- Bertutur
- Berkomunikasi

Terapi :
- Pertuturan
- Pengamatan
- Bunyi

Nilai :
- Menghormati guru
- Dengar arahan
- Beri perhatian
- Memberi kerjasama

BBM / Resos :
- Tiada


1 comment

 

Blogger news

EDU 3063 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Blogroll

Most Reading